KUALA LUMPUR - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan majlis penyampaian hadiah sempena Festival Teater Bahasa Melayu antara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2019.

JKKN dalam kenyataannya di sini hari berkata, program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) itu akan berlangsung di Auditorium DBP, di sini pada pukul 3 petang, Sabtu ini.

"Pertandingan yang masuk tahun ketiga ini melibatkan lebih 10 buah SJKC di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Katanya, program itu bertujuan mempromosi teater sebagai satu aktiviti masa lapang yang sihat selain memupuk minat dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Melayu.

"Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai," katanya. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/festival-teater-bahasa-melayu-berakhir-sabtu-ini-1.916827

Hakcipta Terpelihara @ 2024 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 2.png1.png6.png6.png4.png9.png0.png
  • Hari Ini: 2213
  • |
  • Semalam: 3308
  • |
  • Minggu Ini: 21155
  • |
  • Bulan Ini: 48858
  • |
  • Jumlah: 2166490